Refinance expert Malaysia ChuYao

PAKAR PERUNDING PINJAMAN PEMBIAYAAN SEMULA PERUMAHAN DAN PINJAMAN YANG DITOLAK

Berbekalkan pengalaman selama tiga (3) tahun bersama BlueBricks dan ilmu pengetahuan yang mendalam tentang urusan hartanah daripada pengalaman 11 tahun bersama pemaju hartanah tersohor dalam negara, Chu Yao dikenali ramai dalam industri yang diceburi. Chu Yao menyediakan perkhidmatan sehenti kepada para pelanggan secara berkesan dan profesional, terutamanya dalam urusan pinjaman perumahan, pinjaman gadai janji, pinjaman bank yang ditolak dan pembiayaan semula perumahan.

Kami arif tentang bagaimana bank berfungsi dan kami bersedia untuk membantu anda menyelesaikan masalah pinjaman anda. Hubungi kami dan jelaskan matlamat kewangan anda dengan terperinci. Kami akan segera bertindak membantu anda mengumpul dan menguruskan segala maklumat dan bahan-bahan sokongan yang diperlukan.

Kami berpengalaman dan mempunyai kepakaran dalam menyelesaikan masalah pinjaman bank yang ditolak dan kami berdedikasi untuk membantu anda dalam urusan pembiayaan semula, supaya anda berpeluang ditawarkan pinjaman pembiayaan semula yang baik oleh pihak bank.

9.28%
Penjimatan dalam yuran pinjaman
99%
Purata kejayaan

PIHAK BANK MAHU BERURUSAN DENGAN ANDA

Blue-Separator-Line-Image

Kami telah menyantuni ramai pelanggan yang datang kepada kami kerana permohonan pinjaman mereka ditolak oleh bank tahun demi tahun. Anda tidak berseorangan dalam hal ini. Jangan berputus asa. Kami komited untuk membimbing anda melalui segala proses dokumentasi yang diperlukan sehingga pinjaman bank anda diluluskan.

icons8-money-circulation-100

Pinjaman Pembiayaan Semula

Dapatkan kelulusan pembiayaan semula tanpa sebarang masalah dalam masa 14 hari walaupun bank sebelum ini pernah menolak permohonan anda.

icons8-equity-security-100

Penyatuan Hutang

Satukan hutang anda menjadi satu pinjaman bank hartanah jangka panjang dengan kadar faedah yang lebih rendah dan menjimatkan.

icons8-country-house-100

Pinjaman Gadai Janji

Kami juga berkepakaran tinggi dalam urusan pinjaman gadai janji seperti pinjaman fleksibel penuh, pinjaman separa fleksibel, pinjaman kadar tetap dan pinjaman LPPSA.

icons8-mortgage-100

Pinjaman Cagaran

Kami menganalisis aspek positif dan aspek negatif pilihan cagaran anda dan akan menawarkan nasihat yang bersesuaian dengan keadaan.

icons8-cancel-100

Pinjaman Bank Ditolak

Kami mempunyai kepakaran khusus dalam bidang ini. Hubungi kami segera.

KAJIAN KES

Kisah Benar Suatu Pinjaman Berjaya

Seorang pelanggan telah berjaya mendapat pinjaman sejumlah 2.5 juta untuk pinjaman perumahan pertama beliau.

Selain daripada memohon jumlah pinjaman yang besar, kami menghadapi satu lagi cabaran semasa membuat permohonan pinjaman perumahan bagi pihak pelanggan kami. Beliau diberikan skor ‘2’ dalam CCRIS (Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat) dalam pernyataan yang kami terima. Bayaran tertunggak dan banyak pinjaman tanpa cagaran, seperti pinjaman peribadi atau pinjaman tanpa cagaran akan membawa kepada rekod CCRIS yang buruk dan ini memberikan tanggapan negatif kepada pihak bank. Bank beranggapan bahawa hanya mereka yang mempunyai masalah kewangan sahaja yang akan memohon lebih banyak pinjaman peribadi.

 

Selain itu, pelanggan kami baru sahaja memulakan perniagaan beliau dua (2) tahun sebelumnya, yang juga merupakan sumber pendapatan pertama dan tunggal untuk beliau. Tempoh dua (2) tahun adalah had minimum bagi kebanyakan institusi perbankan untuk mengiktiraf pendapatan tersebut, apatah lagi beliau ingin meminjam 2.5 juta secara tiba-tiba manakala jumlah pinjaman tertinggi untuk pinjaman sedia ada beliau hanya RM110k. Untuk makluman anda, institusi perbankan mengkategorikan kes seperti ini sebagai sangat berisiko bagi mereka, dan biasanya tidak suka memberikan pinjaman dengan jumlah sebegitu besar, terutamanya untuk peminjam kali pertama.

 

Walaupun kami menghadapi banyak cabaran untuk merealisasikan impian pelanggan kami, kesungguhan kami akhirnya membuahkan hasil. Permohonan pinjaman beliau akhirnya DILULUSKAN!

Pinjaman Diluluskan Walaupun Semua Pendapatan Tunai, Tiada Penyata Bank, Tiada Kad Kredit

Pelanggan ini mengendalikan gerai penjaja di medan selera. Semua pendapatan beliau adalah melalui tunai sahaja. Tiada bank yang digunakan, begitu juga kad kredit. Oleh itu, beliau tidak mempunyai penyata bank untuk mewajarkan dan membuktikan pendapatan beliau. Untuk membantu beliau mendapatkan kelulusan pinjaman, kami telah melawat gerai pelanggan tersebut dan menyediakan laporan terperinci kepada institusi perbankan yang berkenaan untuk membuktikan pendapatan pelanggan tersebut. Akhirnya, permohonan pinjaman beliau diluluskan.

DAPAT KELULUSAN PINJAMAN TANPA SEJARAH KREDIT?

Sukar untuk mendapatkan kelulusan pinjaman jika anda tidak mempunyai sejarah kredit kerana bank tidak mengetahui sejarah kewangan anda dan mereka tidak tahu sama ada anda boleh membayar balik tepat pada masanya.

 

Selain daripada tiada sejarah kredit, pelanggan ini kerap menukar pekerjaan beliau. Keadaan ini dan caruman KWSP yang tidak konsisten mengurangkan peluang kelulusan kerana bank berpendapat bahawa sumber pendapatan tidak stabil dan mereka berfikiran bahawa kadar yang tinggi akan menyebabkan anda tidak dapat membayar balik pinjaman.

 

Biarpun demikian, pinjaman gadai janji diluluskan berdasarkan temu bual kami dengan pelanggan tersebut untuk memahami sumber pendapatan beliau dalam tempoh dua (2) tahun terkini. Kami mengemukakan laporan kepada bank dengan dokumen yang berkaitan untuk membuktikan pendapatan semasa yang stabil dan faktor-faktor yang akan membolehkan pembayaran balik yang konsisten.

TESTIMONI PELANGGAN

Blue-Separator-Line-Image

KENAPA ANDA PERLU HUBUNGI KAMI?

Hubungi kami apabila jumlah pinjaman rumah yang diluluskan tidak mencukupi atau jika anda memerlukan peningkatan dalam pinjaman rumah yang sama.

Hubungi kami apabila anda memerlukan bantuan untuk merundingkan pinjaman tambahan bagi membayar penilaian dan yuran guaman, pengubahsuaian, untuk menyelesaikan pinjaman peribadi anda, pinjaman kereta anda, untuk perjalanan atau atas sebab lain anda memerlukan wang tunai tambahan.

Memohon pinjaman apabila nilai pasaran hartanah semasa terlalu tinggi boleh menjadi sama sukarnya dengan memohon pinjaman bank untuk hartanah yang nilai pasaran semasanya rendah. Kami boleh menawarkan penyelesaian yang efisien. Hubungi kami sekarang dan mari kita berusaha untuk mendapatkan jumlah yang anda perlukan.

PENGALAMAN YANG LUAS

Kami telah membantu ramai pelanggan kami mendapatkan peningkatan jumlah pinjaman perumahan mereka. Selain itu, kami juga membantu ramai pelanggan dalam mendapatkan penilaian pasaran hartanah yang baik untuk permohonan pinjaman bank, pada nilai mengikut permintaan pelanggan.

DAPATKAN 30 MINIT KONSULTASI PERCUMA

Blue-Separator-Line-Image

Kami memberi perhatian utama kepada kepuasan pelanggan.  Kami mengambil akauntabiliti dan tanggungjawab ke atas semua kerja-kerja yang kami lakukan untuk setiap pelanggan kami. Tinggalkan pesanan anda dan kami akan menghubungi anda secepat mungkin!