
Tan Chu Yao
Perunding Pinjaman Gadai Janji
Memperolehi ijazah Sarjana Sains – Pelaburan dan Kewangan Hartanah dari Universiti Heriot-Watt, Tan Chu Yao mempunyai visi yang ringkas namun ikhlas bahawa setiap orang harus dan boleh memiliki rumah mereka sendiri.
Oleh itu, beliau menyertai Sunrise Berhad, Sepuluh Pemaju Teratas, serta Pemaju Tersenarai Malaysia dalam Jabatan Pembangunan Hartanah – Jabatan Utama dan Teras Syarikat Pemaju. Untuk makluman anda, Sunrise Berhad telah dibeli oleh UEM Land dan kini dijenamakan semula sebagai UEM Sunrise. Selepas Sunrise Berhad, beliau telah berkhidmat di OSK Property. OSK Property juga merupakan satu lagi Pemaju Tersenarai Malaysia dan telah dianugerahkan sebagai salah satu daripada 20 Pemaju Teratas Malaysia.
Bertanggungjawab, Prihatin dan Mengambil Berat Kepuasan Pelanggan
Daripada 5.5 tahun pengalaman bekerja di Sunrise Berhad dan OSK Property, Chu Yao memperoleh banyak pengetahuan dan pandangan berharga yang berkesan membantu beliau dalam mengendali urusan pinjaman perumahan dan pinjaman gadai janji untuk pelanggannya. Sepanjang 11 tahun, Chu Yao menyedari bahawa terdapat ramai pembeli yang menghadapi masalah penolakan pinjaman, yang menyebabkan mereka tidak dapat membeli rumah sendiri walaupun pemaju dan rumah yang direka bentuk dengan baik telah menarik perhatian mereka.
Dengan cita-cita dan visi yang jelas, Chu Yao bertekad untuk membantu orang yang memerlukan khidmat nasihat beliau sambil mengubah hala tuju industri. Beliau berhenti daripada pekerjaan beliau di dalam industri Pembangunan Hartanah di mana beliau telah bekerja selama hampir 11 tahun dan memulakan kehidupan baharu. Beliau menyertai BlueBricks pada Oktober 2018. Beliau terlatih dalam proses dan selok-belok pinjaman intensif daripada BlueBricks, terutamanya tentang cara menyelesaikan masalah pinjaman yang ditolak.
Sehingga kini, Chu Yao terkenal kerana dapat membantu pelanggan beliau dengan berkesan dan profesional, terutamanya dalam pinjaman perumahan, pinjaman gadai janji, pinjaman bank yang ditolak dan pembiayaan semula. Dengan pengetahuan industri yang ada padanya, beliau yakin dan percaya mampu untuk membantu pelanggannya dengan jaya.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang testimoni pelanggan, sila rujuk Testimonials, Google My Business, and Facebook Review.


Pengalaman Luas
Sudah lebih sedekad lamanya kami membantu orang ramai mendapatkan rumah untuk diri mereka sendiri. Para penasihat kami telah mengumpulkan banyak pengetahuan yang menambah nilai yang tidak terhingga kepada perkhidmatan yang ditawarkan. Kebolehpercayaan, kecekapan dan akauntabiliti memainkan peranan yang besar.

Komited
Kami komited untuk menyelesaikan masalah kewangan anda. Dedikasi dan perhatian ikhlas yang kami berikan kepada pelanggan kami adalah sesuatu yang kami banggakan. Bagi kami, ia bukan tentang menyediakan perkhidmatan sekali itu sahaja. Kami berhasrat untuk membantu anda sepanjang proses dan pengalaman ini.

Kepuasan Pelanggan
Matlamat utama kami adalah supaya pelanggan kami berjaya memiliki rumah impian mereka. Kami berhasrat untuk membantu lebih ramai orang mencapai matlamat ini.

Respons Pantas
Kami memberi keutamaan atas setiap kes. Kami menyedari tekanan yang timbul apabila permohonan pinjaman ditolak. Banyak perkara yang dipertaruhkan. Oleh itu, kami mengambil tindakan segera dan responsif terhadap pertanyaan, dan kami memastikan ia menjelaskan butiran rumit yang mungkin tidak diketahui oleh pelanggan kami. Untuk menenangkan fikiran pelanggan kami adalah peranan yang kami ambil dengan serius.
